Saturday, August 23, 2008

cerita

BAYI BERTUKAR MENJADI BATU NISAN

Dulu aku tidak pernah percaya bahawa hantu ini wujud dalam dunia yang global ini kerana bagiku,cerita hantu ini adalah cerita rekaan yang hanya untuk menakutkan manusia sahaja.Tetapi pandangan aku berubah apabila aku melihat hantu dengan kepala aku sendiri.Cerita yang mengerikan itu bermula begini…………
Ketika cuti semester yang lalu,aku dan Fadzree,Hafiz,Asri,Zuhaili dan Saiful telah bercuti di Pulau Langkawi.Saja nak lepaskan tension.Kami memang kawan sekolej yang rapat.Kami memilih untuk menginap di Mutiara Beach Resort kerana terlatak betul – betul di tepi pantai.Pada sebelah malamnya , kami berbual – bual di tepi pantai.
Salah seorang kawanku,Zuhaili membuka cerita pasal hantu.Geli hatiku kerana melihat mimik muka Hafiz,Asri dan Fadzree yang menunjukkan rasa takut.Padaku,cerita macam ini langsung tidak menakutkan aku.Bosan mendengar “cerita seram” mereka itu,aku merasa haus dan mengajak Saiful menemaniku ke kedai berahmpiran.Tapi,tiada siapa yang mahu ikut kerana kononnya tempat ini keras dan berhantu.
Bila tiada yang nak ikut,aku ke kedai bersendirian.Suasana agak suram kerana tidak ramai orang yang bermalam di situ.Tiupan angin laut yang sepoi – sepoi bahasa cukup mendamaikan.Aku berjalan ke kedai tersebut.
Secara tiba- tiba , aku berasa macam angina taufan yang bertiup kencang dan aku terdengar bunyi bayi menangis.Pelik.Aku bermonolog bersendirian “ anak siapa yang menangis ini ?.Sedang aku mencari arah datangnya bunyi itu,aku melihat seorang perempuan yang berpakaian serba putih sedang mendodoikan anaknyadi sebuah pondok dekat dengan tempat aku berdiri.Perasaan ingin tahu mendorong aku menghampirinya dan sekuntum senyumanku lemparkan kepadanya.
“kenapa akak duduk dekat sini ?”, aku membuka bicara.
“Adik boleh tak tolong pegang anak akak sekejap? akak nak ambil botol susu kat sana” pinta perempuan itu.
“Boleh” jawabku.
Apabila berada di tanganku,bayi itu tiba- tiba berhenti menangis.Sekali lagi aku di buru rasa pelik kenapa bayi ini dilitup dengan kain putih.Alangkah terkejutnya aku apabila aku membuka kain tersebut,aku terkejut melihat apa yang aku kendong bukannya bayi tetapi batu nisan !.Aku terus menghempas batu itu dan aku terdengar perempuan itu mengilai dengan kuat dan dia menghilangkan diri.Aku jatuh pengsan dan ditemui oleh Fadzree keesokan pagi.Aku bersyukur aku terselamat dan peristiwa ini masih belum terjawab!!.

Ferdisyahwal 5A