Tuesday, February 8, 2011

Wajib buatke facebook?????

Kadang - kadang, rasa nak marah

kadang - kadang rasa nak suka

Semalam, kawan ku ada buka facebook. Dulu aku dan dia je yang tak ada facebook. Tapi, sekarang aku je yang tak ada facebook. Tak tahulah kenapa hati ini tak mahu buat facebook. Bukan tak nak mengikuti peredaran zaman, tapi melihatkan kepada pemilik akaun facebook yang macam taksub dengan facebook. Sampai ada yang tidur lewat kerana duk layan facebook. Apa hal semua ini.

Tapi, bila di fikirkan balik, kena ada juga facebook ini. Nantilah aku fikirkan tentang nak buat ke tak. Tapi, tunggulah kedatangan ku dalam ruang sembang maya tersebut suatu hari nanti...........

Monday, January 10, 2011

Banyaknya kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini.

sebagai pelajar, kita tidak boleh lari daripada kerja. hari hari aku ada kerja. malam tadi ada meeting kat kolej. pukul 1. 30 pagi baru balik. tapi aku suka sebab itu sebagai satu langkah untuk maju ke hadapan.

malam ni pulak ada meeting lagi. tapi aku wakil exco je. exco ada kelas, tak dapat hadir.

malam esok ada pulak meeting kat surau. pasal dakwah di kolej.
selamat bermeetinglah buatku

Thursday, January 6, 2011

selamat tahun baru 2011

selamat tahun baru 2011. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya