Tuesday, February 8, 2011

Wajib buatke facebook?????

Kadang - kadang, rasa nak marah

kadang - kadang rasa nak suka

Semalam, kawan ku ada buka facebook. Dulu aku dan dia je yang tak ada facebook. Tapi, sekarang aku je yang tak ada facebook. Tak tahulah kenapa hati ini tak mahu buat facebook. Bukan tak nak mengikuti peredaran zaman, tapi melihatkan kepada pemilik akaun facebook yang macam taksub dengan facebook. Sampai ada yang tidur lewat kerana duk layan facebook. Apa hal semua ini.

Tapi, bila di fikirkan balik, kena ada juga facebook ini. Nantilah aku fikirkan tentang nak buat ke tak. Tapi, tunggulah kedatangan ku dalam ruang sembang maya tersebut suatu hari nanti...........