Tuesday, October 28, 2008

SELOKA KELAS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
KATA PENYAPA PEMBUKA KATA,
HAYATILAH SELOKA BERSAMA,
KELAS 6RS2 EMPUNYA NAMA.

HARI-HARI MAKAN KARI,
KARI DIMASAK OLEH PAK JOHARI,
CIK WAN ARIBAH NAMA DIBERI,
BONDA TERSAYANG, MUET DIAJARI.

MARI PERGI KE RUMAH SAMI,
SAMBUT DEEPAVALI ERATKAN HATI,
ABDUL RAHM KETUA KELAS KAMI,
CAKAPNYA BANYAK, TAK HENTI-HENTI.

PENOLONG KETUA JAWATAN DIBERI,
MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK SEKALI,
NIK HABRIYAH EMPUNYA DIRI,
SELALU CERIA, MINTA-MINTA MURAH REZEKI.

MUHAMMAD FAREEZ NAMA DIBERI,
SYAIFUL IZWAN KAMPUNG SELIGI,
PAKAR METEMATIK DALAM KELAS KAMI,
ORANGNYA SEMPOI, HENDSOME LAH LAGI.

PERGI SEKOLAH AHTRI-HARI,
ORANGNYA SENYAP DI PAGI HARI,
PADANG PAK AMAT DATANG KE MARI,
ITULAH HANIFF EMPUNYA DIRI.

CIK MINAH SEDANG MAKAN,
AMKAN BERSAMA KAWAN-KAWAN,
GELARAN HA SELALU DIBERIKAN,
ITULAH FIRDAUS EMPUNYA BADAN.

PERGI MAKAN RUMAH CHE AZIZ,
MAKAN ANSI BERULAMKAN PETAI,
AMEER FERDAUS ABSUL AZIZ,
ORANGNYA KELAKAR, MELAWAK PUN PANDAI.

FARA DAN AYU KAWAN SEKELAS,
DIKELAS 6RS2 MENUNTUT ILMU,
RAJIN SUNGGUH DI DALAM KELAS,
SILAP-SILAP BOLEH BUAT MENANTU.


GENG JERAM DIBERI NAMA,
DUDUK SEKALI DALAM KELAS SAYA,
ADATNG KE AKMIL BERSAMA-SAMA,
ITULAH FIFI, SHIKIN, LIRA DAN LIHA, KAWA-KAWAN SAYA.


ANAK AYAM PERGI MEMBELI,
MEMBELI NASI DENGAN IKAN,
ORANGNYA BAIK BIJAK SEKALI,
ITULAH FATIN AMIRAH EMPUNYA DIRI.

Thursday, October 23, 2008

terkejut

assalamualaikum. pada 22/10/2008 cikgu arifin telah ke kelasku. dia merupakan guru biasiswa sekolahku. dia cakap cuma seorang saja yang mendapat biasiswa di kelasku. yang lain tak dapat. sedihnya rasa dia cakap macam tu. harap nanti ni dapatla ye. susah kalau tak dapat kerana banyak duit kene guna tingkatan enam ni.

Saturday, August 23, 2008

cerita

BAYI BERTUKAR MENJADI BATU NISAN

Dulu aku tidak pernah percaya bahawa hantu ini wujud dalam dunia yang global ini kerana bagiku,cerita hantu ini adalah cerita rekaan yang hanya untuk menakutkan manusia sahaja.Tetapi pandangan aku berubah apabila aku melihat hantu dengan kepala aku sendiri.Cerita yang mengerikan itu bermula begini…………
Ketika cuti semester yang lalu,aku dan Fadzree,Hafiz,Asri,Zuhaili dan Saiful telah bercuti di Pulau Langkawi.Saja nak lepaskan tension.Kami memang kawan sekolej yang rapat.Kami memilih untuk menginap di Mutiara Beach Resort kerana terlatak betul – betul di tepi pantai.Pada sebelah malamnya , kami berbual – bual di tepi pantai.
Salah seorang kawanku,Zuhaili membuka cerita pasal hantu.Geli hatiku kerana melihat mimik muka Hafiz,Asri dan Fadzree yang menunjukkan rasa takut.Padaku,cerita macam ini langsung tidak menakutkan aku.Bosan mendengar “cerita seram” mereka itu,aku merasa haus dan mengajak Saiful menemaniku ke kedai berahmpiran.Tapi,tiada siapa yang mahu ikut kerana kononnya tempat ini keras dan berhantu.
Bila tiada yang nak ikut,aku ke kedai bersendirian.Suasana agak suram kerana tidak ramai orang yang bermalam di situ.Tiupan angin laut yang sepoi – sepoi bahasa cukup mendamaikan.Aku berjalan ke kedai tersebut.
Secara tiba- tiba , aku berasa macam angina taufan yang bertiup kencang dan aku terdengar bunyi bayi menangis.Pelik.Aku bermonolog bersendirian “ anak siapa yang menangis ini ?.Sedang aku mencari arah datangnya bunyi itu,aku melihat seorang perempuan yang berpakaian serba putih sedang mendodoikan anaknyadi sebuah pondok dekat dengan tempat aku berdiri.Perasaan ingin tahu mendorong aku menghampirinya dan sekuntum senyumanku lemparkan kepadanya.
“kenapa akak duduk dekat sini ?”, aku membuka bicara.
“Adik boleh tak tolong pegang anak akak sekejap? akak nak ambil botol susu kat sana” pinta perempuan itu.
“Boleh” jawabku.
Apabila berada di tanganku,bayi itu tiba- tiba berhenti menangis.Sekali lagi aku di buru rasa pelik kenapa bayi ini dilitup dengan kain putih.Alangkah terkejutnya aku apabila aku membuka kain tersebut,aku terkejut melihat apa yang aku kendong bukannya bayi tetapi batu nisan !.Aku terus menghempas batu itu dan aku terdengar perempuan itu mengilai dengan kuat dan dia menghilangkan diri.Aku jatuh pengsan dan ditemui oleh Fadzree keesokan pagi.Aku bersyukur aku terselamat dan peristiwa ini masih belum terjawab!!.

Ferdisyahwal 5A

Tuesday, July 15, 2008

teman

TEMAN,
Tanpa kau sedari ku coretkan puisi indah buatmu,
Lambang luahan hati ku yang realiti,

TEMAN,
Tanpa kau sedari,
Dalam tenangku itu ada kegelisahan,
Dalam senyumku itu ada kedukaan,
Dalam tawaku itu ada tangisan,
Dalam renungku itu ada keraguan,
Dalam diamku itu ada kelukaan,
Dalam marahku itu ada kepiluan,
Dalam keramaian aku sendirian

TEMAN,
Hanya air mata yang menemani aku,
Tiada yang mengerti,
Hanya hati dan jiwa ini,

TEMAN,
Tanpa kau sedari itulah sebenarnya aku,
Itulah realiti yang terpaksa aku tempuh,

Tapi,
Aku pasrah untuk……
Selamanya……………….

oleh: Nor Ryana bt Ariffin